KOS SARA HIDUP TINGGI SUMBANG KES CERAI MENINGKAT DI SELANGOR

SHAH ALAM, 4 MAC: Kos sara hidup tinggi tidak selari dengan kadar pendapatan dikenal pasti menjadi penyumbang kepada peningkatan kes cerai pasangan Islam di negeri Selangor.

EXCO Agama berkata pendapatan isi rumah yang tidak mencukupi mendorong rakyat mencari kerja sambilan sekali gus mengakibatkan tiada masa berkualiti bersama keluarga dan akhirnya memberi kesan kepada rumah tangga.

Dr Fahmi Ngah menjelaskan migrasi penduduk tempatan dan antarabangsa ke negeri ini turut meningkat jumlah kes berikutan masalah berkait institusi kekeluargaan perlu didaftar dan diselesaikan bawah bidang kuasa syariah di tempat mastautin pemohon.

“Selain itu, peningkatan kes cerai juga turut disebabkan penganjuran program literasi undang-undang yang dilaksana Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) atau agensi berkaitan termasuk di platform media sosial.

“Jadi penduduk mempunyai kesedaran tinggi berkaitan tanggungjawab serta hak-hak dalam perkahwinan. Akses kepada perkhidmatan peguam syarie turut membantu masyarakat mendapatkan hak melalui sistem kehakiman dan perundangan yang betul,” katanya di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Fahmi menambah pembangunan pesat negeri ini juga menjadi faktor menyumbang kepada peningkatan perpecahan institusi kekeluargaan itu.

“Pertumbuhan ekonomi yang rancak di Lembah Klang mengakibatkan Selangor menjadi hub utama bagi semua sektor pembangunan. Banyak peluang pekerjaan ditawarkan mengakibatkan kadar komposisi penduduk di Selangor meningkat,” katanya.

Beliau berkata JAKESS mencadangkan pakar penyelidik melakukan kajian menyeluruh dan hasilnya dijadikan dasar bagi mengatasi masalah itu.

 

Artikel/Berita Terkini

𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pelabuhan Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

JATA NEGARA

Jata Negara, Lambang Kedaulatan Kita! Sempena menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos nanti, marilah kita hayati makna di sebalik Jata …
Maklumat Lanjut