CUACA PANAS: PARAS AIR 7 EMPANGAN DI SELANGOR MASIH STABIL – EXCO

SHAH ALAM, 1 MAC : Paras air tujuh empangan di Selangor masih stabil walaupun negara sedang berdepan fenomena cuaca panas, kata EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim.

Beliau berkata, air di tiga empangan terbabit mencatat paras 85 peratus, manakala empat lagi pada tahap lebih 90 peratus.

“Tidak ada yang kritikal (paras air empangan di Selangor). Semua paras air empangan masih pada tahap 85 peratus dan ke atas. Jika bawah 70 peratus, itu sudah kritikal dan kita akan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya menjangka kesan El Nino (di Selangor) hanya mula terasa pada suku kedua, iaitu Jun nanti. Sekarang masih ada hujan dan paras air empangan juga bertahan lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan melalui Facebook, memaklumkan cuaca panas tahap berjaga-jaga direkodkan di 21 kawasan seluruh negara termasuk Sepang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius yang direkod dalam tempoh sekurang-kurang tiga hari berturut-turut.

Sebelum ini, METMalaysia memaklumkan bahawa Malaysia berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang lazimnya menyaksikan kawasan utara Semenanjung mengalami litupan hujan dan taburan hujan yang kurang, selain menyebabkan cuaca lebih panas serta kering berbanding kebiasaan. – BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …