PELABUR LAPOR POLIS SEBARAN ‘MAKLUMAT PALSU DAN PEMBOHONGAN’

KOTA KINABALU (28 Februari): Percubaan memburuk-burukkan nama Ketua Menteri seolah-olah menjadi kebiasaan sesetengah pihak untuk mencapai agenda politik peribadi mereka, kata sekumpulan pelabur tempatan.

Jurucakap kumpulan itu, ahli perniagaan tempatan T.O. Wong telah membuat laporan polis terhadap pemegang akaun TikTok “Sabahbanah77” kerana menyebarkan maklumat palsu dan pembohongan di media sosial.

“Bukan sahaja nama baik Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tercemar dengan dakwaan palsu itu tetapi juga Kontinjen Polis Negeri, Jabatan Pejabat Tanah dan pelabur tempatan tulen seperti kami,” katanya.

Wong berkata dia menerima suatu video TikTok di WhatsApp-nya yang mendakwa permohonan tanahnya dan kumpulannya diluluskan dalam masa 15 hari “kerana hubungan rapatnya” dengan KM.

“Saya tidak kenal KM. Permohonan tanah mengambil masa lebih lama kerana melalui semakan dan prosedur yang betul,” katanya.

Wong berkata semua permohonan tanah perlu melalui beberapa jabatan seperti Pejabat Daerah, Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan agensi kerajaan lain.

Wong berkata, tanah itu dipohon pada 2022 untuk tujuan pelancongan dan Jabatan Pejabat Tanah hanya memberi kelulusan pada akhir tahun lalu.

“Ia dikeluarkan kepada syarikat kami di bawah terma ‘pajakan’ di mana kami perlu memenuhi syarat tertentu seperti membayar premium sewa kepada Kerajaan Negeri, antara lain,” katanya.

Wong berkata sebagai rakyat Sabah, adalah menjadi kewajipannya untuk membantu membangunkan Negeri ini, termasuk rancangan menarik lebih ramai pelancong dan pembangunan serta mewujudkan lebih banyak pekerjaan kepada penduduk

tempatan, selain menjana pendapatan kepada Kerajaan dalam bentuk kutipan cukai korporat dan perkhidmatan.

Beliau berkata adalah tidak wajar bagi pengguna TikTok tersebut untuk mendakwa kelulusan permohonan tanah itu berkaitan dengan pembelian motosikal “superbike” oleh Kerajaan Negeri untuk Kontinjen Polis Negeri.

“Didakwa bahawa pembelian motosikal untuk polis adalah satu bentuk rasuah sebagai balasan untuk kelulusan permohonan tanah kami, yang tidak masuk akal,” kata Wong, yang syarikatnya juga terlibat dalam perniagaan motosikal.

Beliau berkata, dakwaan sedemikian juga secara tidak langsung memburukkan nama polis.

“Walaupun saya tidak mengenali Hajiji secara peribadi, saya mengagumi kepimpinan beliau, terutamanya dalam membawa masuk pelaburan asing berbilion ringgit dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“Rekod pendapatan yang dicapai oleh Kerajaan Negeri sejak Hajiji mengambil alih pada 2020 juga membuktikan keupayaan beliau, dan ini memberi keyakinan kepada kami pelabur untuk melabur secara besar-besaran di negeri ini dan bukannya mencari tempat lain,” katanya.

Wong berkata beliau juga bukan ahli politik dan tidak berminat untuk bermain politik, tetapi taktik kotor untuk “menjatuhkan KM” harus dikecam oleh semua pihak.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Harian Ekspres Sabah

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut