FAHAMI BATAS AGAMA & BUDAYA DALAM MASYARAKAT YANG MAJMUK

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri dengan rakyatnya terdiri daripada berbagai kaum, bahasa dan agama dengan pelbagai adat resam dan budaya.  Boleh dikatakan bahawa Malaysia juga adalah tempat di mana bertemunya agama-agama terbesar di dunia.

Apabila umat Islam menyambut perayaan bagi agama lain, adakah salah dari segi hukum.  Jika dilihat semasa permulaan agama Islam, masyarakat dari pelbagai budaya dan Kawasan geografi memeluk Islam tetapi masih mengekalkan identiti budaya merkea.  Mereka tidak menjadi “Arab” hanya kerana mereka menjadi Muslim.

Sebagai contoh, jika dilihat pada masa kini, bagi seorang Cina Muslim, perayaan Tahun Baru adalah peristiwa penting yang memaparkan identiti etnik dan budaya mereka  Malah pada hari ini, Tahun Baru Cina adalah perayaan budaya dan bukan festival berasaskan ritual keagamaan.  Oleh itu, umat Islam boleh merayakan Tahun Baru Cina dan tidak menyalahi hukum.  Ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum kerana dengan kehadiran umat islam, mereka rasa dihargai dan diraikan.  Walau bagaimanapun umat islam perlu menjaga adab dan tidak melanggar syariat islam.

Manakala ‘Valentine Day’ atau Hari Kekasih adalah upacara keagamaan bukan islam iaitu mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine.  Sambutan Hari Valentine biasanya diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, yang kemudian menjurus kepada penzinaan.  Ini jelas melanggar syariat islam, merujuk kepada Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Bil.1/2006 pada 21 Februari 2006:

Hukum orang Islam menyambut perayaan Valentine’s Day memutuskan bahawa: amalan merayakan perayaan ini tidak pernah dianjurkan oleh islam.  perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalan yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

 

Orang Islam yang bertindak dengan cara menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti yang dinyatakan atau dibenarkan melalui fatwa ini, boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Media Massa perlu memainkan peranan dalam menjelaskan perbezaan adat dan budaya agama Islam agar orang Islam amnya, golongan muda khasnya tidak mudah terpengaruh dan terpesong dari akidah sebenar.

 

Sumber       :         mais.gov.my

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut