DUA WANITA ANTARA 16 DITAHAN CURI KABEL, RAMPASAN RM1.5 JUTA

Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel dan pelbagai komponen di sekitar daerah ini sejak tahun lepas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun pada 21 Februari lepas itu susulan kes kecurian DC power kabel di Taman Kelab Tuanku di sini, membabitkan kerugian RM10,000.

Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah. Modus operandi kumpulan ini mencuri kabel milik Syarikat Telekomunikasi (Telco) di pencawang yang menjadi sasaran mereka.

Selain itu, mereka turut mencuri kabel serta beberapa komponen seperti Radio Remote Unit (RRU), Lithium Bateri and Wire kabel dengan tujuan menjual semula kepada Telco lain bagi mengaut keuntungan yang lumayan.

Komponen-komponen yang tidak boleh dijual semula kepada pihak Telco akan dijual kepada kedai besi buruk. Justeru, beliau meminta mana-mana Telco serta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes kecurian kabel ini untuk tampil memberi keterangan atau menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Saidi Busman di talian 011-31558034. Kes disiasat di bawah Seksyen 431(a) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut