KERJA PENYAMBUNGAN PAIP TRANSMISI, PUNCA AIR BERTUKAR ‘MILO’

KOTA KINABALU (27 Februari): Kerja-kerja penyambungan paip transmisi yang dilakukan kontraktor di persimpangan Manggatal menjadi antara punca bekalan air sekitar Rampayan dan Inanam laut menjadi keruh dan berbau.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kerja penyambungan oleh kontraktor terlibat itu telah dijalankan pada Jumaat lalu.

“Tindakan segera yang telah dilakukan oleh pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah dengan membuat pembuangan air (flushing) pada transmisi utama sepanjang kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihak JANS kini sedang menyiasat perkara itu bagi mengenal pasti sekiranya berlaku kecuaian di pihak kontraktor.

Katanya, sekiranya berlaku kecuaian, tindakan undang-undang akan diambil jika kontraktor terbabit melakukan kecuaian.

Sementara itu, berhubung masalah bekalan air di Papar, beliau berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Limbahau terpaksa dihentikan buat seketika.

Katanya, ini adalah disebabkan krisis air masin yang masuk ke permukaan intake loji menyebabkan keadaan air mentah tidak dapat diproses untuk diasalurkan kepada pengguna.

“Bagi kawasan terjejas disebabkan krisis air masin di Sungai Papar tersebut, pihak Jabatan Air Daerah Papar dalam usaha berterusan membuat penghantaran air ke kawasan yang terjejas.

“Selain itu, air dari loji Kogopon juga disalurkan ke kawasan terjejas namun terdapat beberapa kawasan yang mengalami tekanan air rendah menjadikannya agak sukar untuk disalurkan,” katanya.

Dalam pada itu, Shahelmey turut mengulas mengenai masalah yang dilaporkan berlaku di Melinsung Apartment, Papar yang berpunca daripada tangki milik taman perumahan itu yang tidak pernah dibersihkan sejak apartment itu mula beroperasi.

“Kerja-kerja pembersihan tangki adalah tanggungjawab pihak pengurusan apartment tersebut. Air menjadi keruh akibat gangguan mendapan apabila masuk ke rumah penghuni semasa air dipam masuk ke dalam tangki.

“JANS masih menanti laporan pembersihan tangki daripada pihak pengurusan Melinsung Apartment. Kompaun akan dikeluarkan sekiranya didapati belum ada kerja-kerja pembersihan dilakukan,” katanya

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …