14 PEMANDU BAS DITAHAN KERANA GUNA SYABU, METHAMPHETAMINE, THC

KUANTAN: Seramai 14 pemandu bas dikesan menggunakan bahan terlarang di seluruh negara sepanjang 21 hari Ops Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2024.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata, mereka yang ditahan itu disyaki menggunakan bahan terlarang seperti syabu, methamphetamine dan tetra hydrocannibol (THC).

Beliau berkata, mereka ditahan di terminal bas sebelum kenderaan awam itu bergerak ke destinasi masing-masing.

“Ia hasil daripada pemeriksaan dilakukan JPJ yang berkolaborasi dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Bagi tindakan selanjutnya, JPJ akan memanggil syarikat pengendali bas berkenaan dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan mengikut Akta 715.

“JPJ juga akan menggantung lesen pemandu berkenaan mengikut Seksyen 36 Akta 333 selepas pengesahan lanjutan diperoleh daripada AADK,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Lokman berkata demikian selepas Ops Motosikal, Kenderaan Pengangkutan Awam (KPA) dan Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) di pintu gerbang Gambang di sini.

Hadir sama, Pengarah JPJ Pahang Kamarul Iskandar.

Ops itu turut membabitkan kolaborasi akan strategik iaitu Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan AADK.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 21,705 KPA diperiksa dan daripada jumlah itu, 32 KPA disita.

Katanya, sebanyak 1,181 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan iaitu teknikal, tiada lesen vokasional, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL), tiada insurans dan LKM.

“Kesalahan utama yang dilakukan pula memotong di garisan berkembar, langgar lampu isyarat merah, menggunakan telefon bimbit dan memandu di lorong kanan secara berterusan,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut