6 TANDA UNTUK BEZAKAN IKLAN PALSU DI FACEBOOK, SELAMAT DARI KENA ‘SCAM’!

Iklan palsu di Facebook semakin berleluasa, sehingga ramai yang telah menjadi mangsa. Ditambah pula, promosi palsu yang dicipta kelihatan seakan iklan yang betul sehingga menyukarkan orang ramai untuk membezakan kesahihannya. Melalui sumber The Rakyat Post, berdasarkan beberapa sampel hantaran iklan palsu yang dijumpai di Facebook, berikut adalah beberapa petanda yang boleh dilihat.

 

  1. Tawaran Promosi Terlalu Bagus

Melihat promosi yang menawarkan sesuatu yang kelihatan terlalu bagus sampai sukar nak percaya, kemungkinan ia iklan palsu adalah tinggi.

Contohnya, iklan jualan barangan berjenama dengan harga yang sangat murah, sememangnya ia adalah barangan tiruan atau dari kedai palsu.

 

  1. Kesahihan Akaun Syarikat

Salah satu cara untuk mengetahui akaun sesebuah syarikat itu rasmi atau sahih di Facebook adalah dengan memiliki tanda semak (/) berwarna biru di bahagian tepi namanya. Namun, ada juga beberapa akaun jenama yang sahih tidak memiliki tanda tersebut. Bagi memastikan kesahihannya, anda boleh menyemak jumlah pengikut dan jenis hantaran (post) yang dimuat naik serta bahagian komen. Sekiranya di bahagian komen hantaran dipenuhi dengan pautan spam dan review lima bintang yang meragukan, berkemungkinan akaun tersebut adalah palsu.

 

  1. Semak Pautan Yang Diberikan

Bagi memastikan pautan (link) yang diberikan adalah selamat, anda boleh menyemak dengan melihat pada alamat laman web yang bermula dengan “https” dan bukannya “http”. Juga, jangan sesekali klik pada mana-mana pautan yang meragukan bagi menjaga keselamatan data pengguna. Pastikan sebelum klik pautan di Facebook, semak dahulu akaunnya. Kebiasaannya, apabila membuka akaun profil, jenama akan terpapar di bahagian pautan.

Contoh: Pautan untuk halaman Facebook rasmi Media Prima Berhad seperti ini: https://www.facebook.com/mpbtalk. Manakala, halaman palsu akan menunjukkan nombor dan bukannya nama jenama.

 

  1. Kapsyen Agak Panjang dan Tidak Kemas

Sekiranya anda perasan, kebanyakan kapsyen dalam hantaran palsu di Facebook akan dibuat dalam bentuk perenggan yang sangat panjang dan mempunyai pengulangan perkataan atau ayat. Selain, ruangan komen dipenuhi dengan review yang meragukan.

 

  1. Pelanggan Akan Digesa Membeli Barangan Secara ‘On The Spot’

Selain itu, tanda iklan palsu di Facebook yang boleh dikesan adalah penjual menekankan barangan tersebut adalah edisi terhad yang dijual untuk tempoh tertentu sahaja. Melalui teknik tersebut, akan membuatkan pelanggan berasa tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkannya. Malah, penjual palsu ini juga akan memberitahu tentang promosi ‘beli satu percuma satu’ di ruangan komen dan tidak dinyatakan dalam hantaran.

 

  1. Penjenayah Akan Minta Maklumat Kad Kredit Terlebih Dahulu

Jika maklumat pembayaran muncul terlebih dahulu sebelum butiran peribadi, berkemungkinan besar penjenayah ini cuba mencuri maklumat pelanggan untuk mendapatkan akses kepada kad kredit. Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna boleh menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran kerana ia menawarkan lebih perlindungan dan keselamatan berbanding kad debit. Malah, mangsa penipuan melalui pembayaran kad kredit lebih mudah untuk mendapatkan semula wang anda.

#Sumber: The Rakyat Post

Artikel/Berita Terkini

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN

KPM GIAT LAKSANA PELBAGAI INISIATIF BAGI MEREFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, TANGANI KECICIRAN PEMBELAJARAN Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif …
Maklumat Lanjut

CAKNA MEDIA SOSIAL DI KALANGAN KANAK-KANAK: MENJANA KESEDARAN DAN KESELAMATAN

Media sosial telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan harian kita, mempengaruhi bagaimana kita berhubung, berinteraksi, dan menerima maklumat. Namun, kesan …
Maklumat Lanjut

PAHANG CADANG WUJUDKAN ZON INDUSTRI DI SEMUA DAERAH

Bera: Kerajaan Negeri Pahang bercadang mewujudkan zon perindustrian di semua daerah di negeri ini bagi menarik kemasukan pelabur asing ke …
Maklumat Lanjut