PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TENGAH DI KUALA SELANGOR MERIAH, RIBUAN MASYARAKAT HADIR

KUALA SELANGOR, 23 FEB: Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini dibanjiri ribuan masyarakat sempena Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang membuka tirainya hari ini.

Hujan lebat pada pagi tadi tidak menghalang orang ramai memasuki pekarangan kompleks bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan sosial dan kemudahan lain yang ditawarkan pada program itu.

Tinjauan Selangorkini turut mendapati petugas Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penguat kuasa mengawal aliran trafik yang sesak hampir satu kilometer dari lokasi program.

Suri rumah, Zarina Zakaria, 57, yang ditemui mengakui teruja dapat menyertai program itu selain berkesempatan menukar topi kaledar melalui perkhidmatan disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

“Saya tahu program ini melalui Facebook. Kebetulan pula saya dan suami mahu menziarahi ibu suami di sebuah pondok berhampiran, jadi kami singgah ke sini.

“Memang seronok dapat lihat bermacam reruai kerajaan di sini. Saya sempat tukar topi kaledar secara percuma di reruai JPJ,” kata ibu dua anak yang menetap di Kampung Melayu Subang.

Sementara itu, pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jumri Arifin, 59, berpeluang memperbaharui kad veteran ATM yang luput sejak lebih setahun lalu melalui perkhidmatan disediakan pada program berkenaan.

“Saya datang semata-mata untuk perbaharui kad veteran ATM yang sudah tamat tarikh luput. Jadi saya tidak perlu bersusah-payah ke Kuala Lumpur untuk berbuat demikian.

“Sementara tunggu prosesnya siap dalam masa 20 minit, saya dan isteri sempat tinjau reruai lain yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat,” katanya yang sudah dua dekad bersara.

Bagi Mohammad Suhood Mustafa, 69, Jualan Agro Madani yang menawarkan barangan asas dengan harga berpatutan menarik minat untuk dia datang ke program terbabit.

“Harga barangan di sini sangat jimat dan berpatutan. Saya berpeluang beli minyak masak, tepung gandum, susu, rempah ratus dan mi segera. Cuma pelanggan dihadkan satu kuantiti untuk setiap barangan.

“Tetapi saya berpuas hati penganjuran program sebegini kerana boleh mendekatkan masyarakat dengan kerajaan. Rakyat juga boleh tahu apa yang kerajaan buat,” katanya yang tinggal di Taman Penggawa di sini.

Berlangsung hingga 25 Februari 2024, Program MADANI Rakyat memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional serta kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor khususnya.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan kerajaan Selangor itu merangkumi Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 Februari 2024, yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan negeri.

Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember 2023.

-SELANGORKIN

I

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut