LEBIH 40 AJARAN SESAT SECARA FIZIKAL, DALAM TALIAN DIPANTAU PIHAK BERKUASA DI SELANGOR

SHAH ALAM, 22 FEB: Lebih 40 ajaran sesat di Selangor yang dikenal pasti aktif menyebarkan ajaran songsang secara fizikal mahupun dalam talian dipantau pihak berkuasa di negeri Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan terhadap kumpulan atau individu yang cuba memesongkan ajaran agama Islam.

“Secara umum kita di Selangor berusaha sedaya-upaya supaya ajaran sesat dapat dipantau dengan teliti dan pada masa sama cuba memulihkan mereka.

Di Selangor kita ada Baituliman iaitu badan yang ditubuhkan untuk memulihkan individu (sesat) ini, kita ada ahli ulama yang akan membantu kembalikan mereka ke pangkal jalan.

Mengakui sukar mengesan individu terlibat dalam ajaran sesat, Abdul Aziz berharap mereka yang terlibat dalam ajaran songsang itu kembali ke pangkal jalan.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis turut bekerjasama bagi memantau dan mengenal pasti kumpulan atau individu terlibat dengan ajaran sesat dan setakat ini lebih 40 (ajaran sesat) dilaporkan di negeri ini.

Antara ajaran sesat yang dikesan dan dipantau termasuk Asma Al Husna, Millah Abraham, Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) atau ajaran Sittah Annur dan Rasul Melayu.

-SELANGORKINI

Artikel/Berita Terkini

KUASAI AI, SEDIA HADAPI PERUBAHAN DUNIA

TERIMA KASIH: Sapawi (dua kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Isnin sempena majlis perasmian itu. KOTA KINABALU: Kerajaan terus memperkukuhkan agenda pembangunan …

TARIKH-TARIKH PENTING PILIHANRAYA NEGERI MELAKA KE 16 – TIDAK BENAR

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung “Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16” yang sedang tular …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …