KPDN KELANTAN AMBIL TINDAKAN KEATAS PENIAGA AYAM

KOTA BHARU 22 Feb : Sepasukan Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama Pihak Berkuasa Tempatan MPKB-BRI telah menjalankan siasatan aduan berikutan tular beberapa hari lepas mengenai peniaga menjual ayam dengan timbangan mengelirukan kepada pengguna di Jalan Pasir Hor, Kg. Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan.
Pemeriksaan jam 10.30 pagi kelmarin dijalankan terhadap premis perniagaan runcit ayam tersebut mendapati peniaga menggunakan alat timbang sukat elektronik yang tidak ditentusahkan bagi tujuan perdagangan dan tindakan dikesan dibawah Akta Timbang dan Sukat 1972.
Tindakan kes juga diambil kerana melanggar perundangan dibawah penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam.
KPDN Kelantan berharap pengguna dan peniaga mewujudkan situasi perdagangan yang harmoni untuk meningkatkan serta mengukuhkan ekonomi negara.
Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :- 👉 https://linktr.ee/kpdn

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …