SESI LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI KEPADA PENGARAH PENJARA TAIPING

IPOH, 20 Feb 2024 – Satu Sesi lawatan dan kunjungan hormat YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perak kepada YBrs. PPK Nazri bin Mohamad, Pengarah Penjara Taiping telah diadakan pada pagi ini bertempat di Kompleks Penjara Taiping. Turut serta barisan pegawai dan kakitangan MKN Negeri Perak.

Satu sesi perbincangan dua hala serta perkongsian maklumat telah diadakan di antara kedua-dua belah pihak. Rombongan MKN Negeri Perak juga turut diberikan penerangan berkenaan sejarah dan latar belakang Penjara Taiping.

Pertemuan dan sesi lawatan ini juga diharapkan dapat memperkukuh jalinan dan jaringan kerjasama antara MKN Negeri Perak dan Penjara Taiping.

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …