BUANG MINUMAN KERAS KE LAUT SELEPAS DIKEJAR PPM

Minuman keras disyaki tidak bercukai yang dirampas selepas dibuang ke laut oleh penyeludupan. FOTO Ihsan PPM

 

Kota Kinabalu: Beberapa penyeludup nekad membuang minuman keras yang dipercayai tidak bercukai ke laut selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa dalam kejadian di perairan Brunei Bay, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, malam tadi. by

Cubaan menyeludup itu berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) ketika dalam rondaan pemantauan di sekitar perairan berkenaan pada 8.45 malam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, ketika rondaan dijalankan, pasukan operasi terserempak dengan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, bot yang bergerak dari arah Labuan menuju ke perairan Sarawak kemudiannya cuba ditahan untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, bot yang dinaiki beberapa lelaki itu bertindak memecut laju menuju ke arah perairan Lawas dipercayai cuba mengelak daripada diperiksa.

“Pasukan operasi yang terus bertindak mengejar kemudiannya melihat beberapa individu di atas bot berkenaan membuang sesuatu ke laut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad berkata, bot pasukan operasi terpaksa mengelak objek yang dibuang ke laut sehingga gagal mengesan bot yang dinaiki beberapa suspek berkenaan.

Katanya, pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati, objek yang dibuang adalah minuman keras.

“Sebanyak 648 minuman keras belum bercukai yang dipercayai cuba diseludup ke Sarawak itu terus dirampas.

“Berdasarkan pasaran semasa dan cukai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), semua minuman keras berkenaan dianggarkan bernilai RM6,400,” katanya.

Ahmad berkata, semua rampasan itu dibawa ke Pangkalan PPM Labuan untuk tindakan selanjutnya sebelum dirujuk ke JKDM Kastam Labuan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Metro Sabah  

 

Artikel/Berita Terkini

KILANG TEMPATKAN 73 PEKERJA ASING DALAM KONTENA TANPA KELULUSAN

Sebuah kilang di kawasan perindustrian Arab Malaysian Nilai di sini dikesan gagal mematuhi standard penginapan pekerja apabila menempatkan 73 pekerja …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐃𝐍

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Pemeriksaan Bekalan …
Maklumat Lanjut

BERATUS MAT MOTOR BERPELUH TOLAK MOTOSIKAL KE BALAI

Beratus ‘mat motor’ diarah menolak motosikal masing-masing sejauh satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas dikepung dengan trak tunda di …
Maklumat Lanjut