2,600 PIN Touch’n Go RM20 PERCUMA DIAGIHKAN

BANDA HILIR – Sebanyak 2,600 pin tambah nilai Touch’n Go RM20 percuma telah diagihkan kepada orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke-68, hari ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Norena Jaafar berkata, menerusi Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Tourism peluang itu dibuka kepada orang ramai di kaunter disediakan sejak jam 6 petang tadi.

Katanya, ReDI Tourism telah memperuntukkan lebih RM40,000 menerusi insiatif terbabit dan Melaka merupakan negeri pertama menerima manfaat terbabit untuk diagihkan kepada orang ramai.

“Menerusi inisiatif ReDI Tourism ia akan diperuntukkan kepada mana-mana negeri di Malaysia yang menjalankan sambutan Tahun Melawat negeri masing-masing untuk memeriahkan lagi sambutan berkenaan.

“Insiatif ini sekali gus mampu menggalakkan rakyat Malaysia menuju kepada amalan sistem tanpa tunai dalam urusan jual beli.

“Sambutan hari ini begitu menggalakkan dan ia bersifat ‘first come first serve’ dan setakat 6 petang tadi lebih 600 pengunjung hadir tidak melepaskan peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatannya di kaunter disediakan pada sambutan itu berlangsung di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Tambah Norena, pin berjumlah RM20 boleh ditebus di aplikasi Touch’n Go dan mempunyai tempoh sah laku selama dua bulan.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …