BERI KONTRAK KEPADA SYARIKAT ISTERI, PENJAWAT AWAM DITAHAN

Penjawat awam ditahan selepas dipercayai salah guna kedudukan melantik syarikat isterinya bagi mendapatkan kontrak pembekalan dan perkhidmatan di jabatannya membabitkan jumlah RM540,517. Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.55 malam tadi ketika hadir di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan.

SPRM menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukannya dengan melantik syarikat milik isterinya bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di jabatannya. Berdasarkan siasatan, sebanyak empat syarikat milik isterinya mendapat kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang keseluruhannya berjumlah lebih kurang RM540,517.85.

Permohonan reman dilakukan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali di Mahkamah Majistret, semalam. Suspek dibenarkan reman selama tujuh hari sehingga 26 Februari depan dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Suspek tidak diwakili peguam. Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

TARIKH MELIHAT ANAK BULAN RAMADAN 2026

KUALA LUMPUR, 12 Februari -Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia tahun ini adalah …

KADAR ZAKAT FITRAH MELAKA DITETAPKAN RM8, RM15 DAN RM22

Bukit Palah – Zakat fitrah bagi Negeri Melaka tahun ini ditetap pada tiga kadar iaitu RM8, RM15 dan RM22, kata …

SISTEM MYASNAF JAMIN KETELUSAN BANTUAN MAKANAN BULANAN MAIM

Telok Mas – Sistem MyAsnaf yang dibangunkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan terus diperkasakan bagi memudahkan golongan asnaf di …