WARGA ASING DI BANDAR SEREMBAN DIPERIKSA

Kawasan ‘lepak’ warga asing pada hujung minggu di daerah ini digempur dalan satu operasi bersepadu membabitkan lebih 400 kekuatan pegawai dan anggota polis, Jabatan Imigresen dan Majlis Bandaraya Seremban petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Hatta Che Din, operasi berkenaan dilaksanakan bagi pencegahan jenayah selain mengambil kira keresahan masyarakat terhadap kebanjiran warga asing terutamanya hari Sabtu dan Ahad di kawasan berkenaan.

Menurutnya, dalam operasi tersebut sebanyak 855 lelaki warga asing serta 79 wanita dari pelbagai negara luar dengan majoritinya warganegara Bangladesh telah diperiksa dan pihaknya mendapati terdapat ada warga asing yang tidak mempunyai sebarang dokumen masuk ke negara ini. Pihaknya  akan membuat tapisan di mana ada yang akan diserahkan kepada Imigresen, selain juga telah membuat tangkapan ke atas lima individu kerana telah bertindak menganggu tugas penjawat awam.

Pihaknya juga membuat pemeriksaan dalam radius dua kilometer dari lokasi pusat bandar ini yang mana ada diketahui penglibatan mereka dalam jenayah dan juga pelacuran. Maklumat lanjut bagi kesalahan tangkapan ini akan diberikan kemudian kerana masih melakukan pemeriksaan.

Menurut Pengarah Undang-undang dan Penguatkuasaan MBS, Hanizam Ahmad, pada operasi berkenaan sebanyak tujuh premis telah disita kerana beroperasi tanpa ketiadaan warganegara di premis tersebut, manakala, 13 kompaun dikeluarkan kerana telah melanggar syarat sah lesen di bawah Undang-Undang Kecil.

 

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut