KERAJAAN KOMITED SELESAIKAN MASALAH GERAN TANAH KOMUNAL DI DUN SOOK – ELLRON

KENINGAU (18 Februari): Kerajaan negeri sedang berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik sekali gus mengatasi masalah Geran Tanah Komunal membabitkan penduduk khususnya di kawasan luar bandar.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin berkata, langkah awal pihaknya mengadakan sesi dialog bersama wakil penduduk kampung bagi mencari penyelesaian ‘Menang-Menang’ serta berusaha memberi kefahaman berkaitan prosedur secara langsung berkaitan geran tanah komunal.

Katanya, pihak yang berkaitan akan mengadakan perjumpaan serta sesi penerangan bagi mencari solusi berkesan untuk mencari jalan penyelesaian isu geran tanah komunal ini dalam tempoh terdekat.

“Langkah ini penting bagi mewujudkan win-win situation antara beneficiary, kerajaan dan pelaksana. Saya gembira dengan sambutan serta penglibatan yang begitu positif daripada kalangan wakil-wakil penduduk kampung yang hadir pada hari ini.

 

“Menerusi sesi dialog ini wakil penduduk kampung yang hadir akan diberi kefahaman berkaitan prosedur yang berkaitan khususnya melibatkan secara langsung mengenai geran tanah komunal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sesi dialog di Kampung Biah Tengah, Sook di sini semalam.

Ellron merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, ini adalah satu komitmennya selaku wakil rakyat dalam usaha membantu rakyat menyelesaikan permasalahan isu Geran Komunal.

“Kita lihat dalam sesi dialog dianjurkan Jabatan Tanah Ukur Daerah Keningau sangat memudahkan untuk memberi kefahaman kepada penduduk kampung yang terlibat.

“Pihak berkenaan akan berusaha mengenalpasti punca permasalahan yang telah menjejaskan usahasama antara benefisiari dan pelaksana berkaitan Geran Tanah Komunal ini,” jelas Ellron.

Dalam taklimat ini sebanyak 21 kampung Mukim Dalit, Sook yang mengalami permasalahan geran komunal bagi kawasan Mandalom hadir dalam Perjumpaan ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng dan Ketua Penolong Pengarah Kanan (Tanah) Kota Kinabalu, Golbert Gondungan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH NEWS TODAY

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …