ELAK LEMAS: TIPS BERENANG DENGAN SELAMAT

MALAYSIA memiliki kawasan pantai yang panjang memandangkan kedudukan negara dikelilingi oleh laut sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak. Bagaimanapun, tidak semua pantai di negara ini sesuai dijadikan tempat untuk mandi disebabkan oleh pelbagai faktor.

Bagaimanapun, ramai tidak sedar aktiviti mandi di pantai boleh bertukar bencana sekiranya tidak berwaspada dengan sebarang kemungkinan.Saban tahun, pasti ada sahaja kejadian lemas berlaku sewaktu mandi di tepi pantai dilaporkan oleh media di negara ini.

Berikut merupakan tip yang boleh dipraktikkan sewaktu mandi di laut atau tepi pantai bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

1. Kenal pasti penyelamat
Selain memastikan kewujudan penyelamat bertugas, anda perlu memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam air.
Penyelamat lebih mengetahui keadaan pantai dan laut di sini seperti kehadiran obor-obor atau jerung.
Kehadiran penyelamat juga sangat penting kerana lautan dan pantai berbeza dengan kolam renang kerana keadaannya sering berubah-ubah. Sekiranya anda perenang berpengalaman dan tidak perlukan kehadiran penyelamat, sebaiknya semak keadaan laut dengan pihak berwajib.

2. Rakan berenang
Elakkan berenang secara berseorangan di lautan atau tepi pantai. Keadaan tersebut amat berisiko sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan seperti kekejangan otot atau sawan.
Anda masih boleh berenang bersendirian, tetapi perlu dilengkapi jaket keselamatan.
Sebaiknya, anda perlu membawa bersama individu yang mahir berenang.
Individu tersebut mampu menarik anda keluar dari dalam air jika berlaku kejadian luar jangka.

3. Kawasan dibenarkan
Kebanyakan kawasan tepi pantai mempunyai had tertentu untuk orang ramai boleh berenang.
Biasanya, kawasan ini tidak terlalu bahaya dan selamat untuk aktiviti berkenaan.
Kawasan ini sering ditandai dengan pelampung atau bendera.
Jangan sesekali berlagak adiwira dengan berenang melepasi kawasan dihadkan kerana dibimbangi menyebabkan anda lemas, sekali gus menyukarkan kerja menyelamat.

4. Kenal pasti keadaan
Berhenti berenang sekiranya berlaku sesuatu di luar kebiasaan seperti air bergelora, peningkatan aras laut atau ribut. Begitu juga sekiranya tubuh badan anda mula menunjukkan tanda-tanda kekejangan otot akibat keletihan.
Jangan sesekali kekal di dalam air sekiranya terdapat tanda kekejangan otot kerana ia boleh menjadi penyebab lemas.

5. Pakai baju menyelam
Walaupun baju ini sepatutnya digunakan ketika selaman skuba, namun ia amat membantu apabila berenang di laut atau tepi pantai. Ini kerana, baju berkenaan meningkatkan daya ampungan anda di dalam air.
Jika, anda berasa letih untuk berenang, sut berkenaan dapat membantu terapung tanpa perlu menggerakkan kaki atau tangan. Pakaian berkenaan juga boleh mengawal suhu badan sekiranya anda berenang di dalam air yang sejuk.

Sumber: KOSMO

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …