TAHUKAH ANDA KEUNIKAN KAMPUNG JENANG?

Kampung Jenang terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandar Marang dan 30 kilometer dari Kuala Terengganu. Kampung ini merupakan sebuah kampung tradisi di Mukim Jerong dalam Daerah Marang. Ianya juga merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi pelancong tempatan dan pelancong luar negara.

Perkampungan ini didiami oleh 500 penduduk dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana untuk penduduk setempat.

SEJARAH KAMPUNG JENANG

Kampung Jenang bermula sekitar tahun 1907 semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin. Almarhum Sultan Zainal Abidin telah menitahkan agar rakyat jelata mencari sebatang kayu untuk dijadikan istana baginda yang baru. Titah tersebut telah disampaikan kepada seluruh pelusuk kampung. Titah Baginda akhirnya sampai ke perkampungan tersebut lalu penduduk kampung mempersembahkan sebatang kayu dari kampung tersebut kepada Baginda. Kayu tersebut telah mendapat perkenan Tuanku untuk digunakan di istana. Kayu tersebut dijadikan ‘jenang’ pintu istana dan bersempena dengan peristiwa tersebut maka Baginda Sultan telah berkenan untuk menamakan kampung tersebut dengan nama Kampung Jenang.

Diawal penerokaannya diasaskan oleh Allayarham Jusoh Bin Abdullah. Sejarah bermula apabila 4 buah keluarga telah mudik ke hulu Sungai Marang dan berhijrah ke sebuah tempat yang masih belum mempunyai penghuni dan nama. Mereka membuat keputusan untuk menetap di sana dengan mewujudkan  sebuah penempatan kecil.

AKTIVITI DI KAMPUNG JENANG

Aktiviti utama penduduk adalah menanam padi huma dan ubi kayu. Selain dari itu, aktiviti mencari dan menjual kayu api di Pekan Marang turut menjadi sumber ekonomi mereka bagi menyara keluaga. Selain itu terdapat juga beberapa aktiviti lain diantaranya;

Pembuatan Atap Nipah

Atap Daun Nipah memiliki keistimewaan tersendiri seperti menyediakan perkitaran yang sejuk selain bertahan lama untuk jangkamasa yang panjang.

Pembuatan Daun Rokok Nipah

Pucuk daun nipah muda dijadikan daun rokok dan amalan itu turut diikuti masyarakat pada masa kini. Rokok daun nipah dibuat dari daun nipah yang diproses secara baik dan cermat sehingga menghasilkan aroma dan rasa.

Manisan

Manisan Kampung Jenang juga dkenali dengan nama Gula Tuak. Manisan ini diperbuat dari air nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan manisan Kampung Jenang asli berbeza dengan gula tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Terbaharu, “bangsal nisang , warisan tok nyadat” merupakan bangsal kecil yang dibina untuk kekalkan sejarah perusahaan tradisi membuat manisan kelapa di Kampung Jenang.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …