PROGRAM SEMARAK DAKWAH & KESELAMATAN NEGARA TANGGUNGJAWAB KITA KOLABORASI BERSAMA YADIM KELANTAN

Satu program telah diadakan kolaborasi bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Kelantan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Persatuan Kebajikan Rakyat Gua Musang. Program bertajuk Semarak Dakwah Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama bertempat di Balai Raya Gerakan Desa Wawasan Kampung Limau Kasturi, Gua Musang.
Seramai 130 keluarga asnaf dari Kampung Serian 11/12, Kampung Bertam dan Kampung Limau Kasturi 2 disantuni dalam program ini.
Antara pengisian lain program ialah ceramah keselamatan oleh Penolong Pengarah Keselamatan & Ketenteraman Awam (Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan) Encik Mohd Zakwan Nawi serta aktiviti menanam pokok dalam Kempen Alam Hijau.
Hadir ke majlis ini ialah Pemangku Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional JPNIN Kelantan, Encik Mohd Anuari Yusoff, Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang dan wakil komuniti, Encik Asharun Uji.

Artikel/Berita Terkini

500 HUFFAZ SERTAI SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERDANA DI TAWAU

SUMBANGAN: Nizam (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada institusi tahfiz di daerah Tawau. TAWAU: Kira-kira 500 huffaz dari pelbagai institusi tahfiz di …

1,000 PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN SABINDO TERIMA INSENTIF E-DOMPET

BANTUAN: Rina (dua kiri) dan Mohd Roli (kiri) menyampaikan insentif RM100 kepada peniaga bazar di Sabindo. TAWAU: Seramai 1,000 pengunjung Bazar …

MARITIM TAHAN PAM BOT DISYAKI GUNA BOM IKAN DI PERAIRAN KUNAK

TANGKAP: Kedua-dua suspek dibawa ke Jeti Zon Maritim Lahad Datu untuk siasatan dan tindakan lanjut. LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim …