KPDN KELANTAN SERBU STESEN MINYAK JUAL BARANG KAWALAN SECARA BERULANG KALI KEPADA PENYELEWENG

KOTA BHARU 15 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan jam 10.00 malam kelmarin, pasukan telah mengesan sebuah stesen minyak mencurigakan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan yang menjual minyak diesel kepada sebuah lori Isuzu 3 tan disyaki tangki ubahsuai untuk tujuan diselewengkan.
Modus operandi suspek membuat pembelian pengisian barang kawalan minyak diesel kedalam tangki ubahsuai secara berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu, Kelantan bagi mengaburi pihak berkuasa seterusnya akan diselewengkan.
Seorang saspek ditahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mengaku dengan tujuan untuk menyeleweng bahan bakar petroleum ini ke negara jiran, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Stesen minyak juga diambil tindakan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut