ABAI KESELAMATAN PENUMPANG, 24 PEMANDU BAS EKSPRES DISAMAN

Ops Penyamaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengenakan saman terhadap 24 pemandu bas eskpres yang dikesan mengabaikan keselamatan penumpang masing-masing. Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, menerusi Ops Penyamaran sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 1 Februari lalu hingga kelmarin, pihaknya mengesan pemandu bas ekspres itu melakukan 64 kesalahan. Antara kesalahan dilakukan termasuk memandu di lorong kanan (12 saman) dan tiada pemandu kedua atau memandu secara berterusan bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan (tujuh saman).

Selain itu, kesalahan pemandu yang merokok (dua saman), tidak selenggara buku log (sembilan saman), abai isyarat lalu lintas (tujuh sama) dan lain-lain kesalahan (27 saman). Menurutnya, menerusi operasi setiap kali musim perayaan, anggota jabatan itu akan menyamar sebagai penumpang bas bagi perjalanan ke seluruh negara untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas eskpres yang meletakkan nyawa penumpang di hujung tanduk.

Teknik penyamaran sebagai penumpang bas dilihat sangat efektif dalam mengesan kesalahan yang dilakukan pemandu, selain menasihati mereka tidak mengabaikan keselamatan penumpang, namun masih ada yang berdegil. Setiap peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk menjaga keselamatan penumpang dan pemandu itu sendiri termasuk penggun jalan raya lain. Pengabaian peraturan ini merisikokam nyawa penumpang. Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pemandu dan pemilik bas yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.

Sumber:  Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM BIMBING KESELAMATAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Kempen Keselamatan …
Maklumat Lanjut

𝗢𝗣𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗦 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗠𝗨𝗔𝗧𝗔𝗡

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Unit Operasi …
Maklumat Lanjut