MALAYSIA DIJANGKA ALAMI CUACA LEBIH PANAS, KERING

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam suatu kenyataan bertarikh 13 Februari 2024, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama. MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

MetMalaysia turut memaklumkan dalam tempoh berkenaan, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu. Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia, dijangkakan suhu maksimum harian negara boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas. Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Sumber: MetMalaysia

Artikel/Berita Terkini

MELAKA CATAT LONJAKAN PENDAPATAN LUAR BIASA

Banda Hilir – Prestasi kewangan Melaka terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila merekodkan peningkatan pendapatan luar biasa sebanyak 21 peratus. Ketua …

KAJIAN JAMBATAN MELAKA-INDONESIA DIBENTANG KEPADA MPFN – KM

Gadek – Kerangka kajian pembinaan jambatan menghubungkan Melaka dan Indonesia akan dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam masa …

LEBIH 19,000 PESAKIT MENTAL DI NEGERI SEMBILAN, SEREMBAN PALING RAMAI

Negeri Sembilan merekodkan sejumlah 19,264 pesakit mental sejak 2021 dengan daerah ini tertinggi membabitkan 11,090 pesakit. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, …