KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KESELAMATAN NEGERI KEPADA PENGARAH PENERANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

IPOH, 13 Feb 2024 – Kunjungan hormat YBrs. Tuan Mohd Zawawi bin Zakaria, Pengarah Keselamatan Negeri Perak kepada YBrs. Tuan Yosri bin Abu Mahsin, Pengarah Penerangan Negeri Perak telah diadakan pada pagi ini bertempat di Jabatan Penerangan Negeri Perak.

 

Satu sesi perbincangan dua hala serta perkongsian maklumat telah diadakan di antara kedua-dua belah pihak. Pertemuan ini juga dapat memperkukuh jalinan dan jaringan kerjasama antara MKN Negeri Perak dan Jabatan Penerangan Negeri Perak.

 

Turut serta dari pihak MKN Negeri Perak YBrs. Dr Hairudin Ruzaili bin Hambali dan YBrs. Encik Khairul Amir bin Jamal manakala dari Jabatan Penerangan Negeri Perak YBrs. Tuan Hasan Ashaari bin Abu Bakar dan YBrs. Encik Mohd Fauzi bin Rosli.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut