DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Anggota Penguatkuasa Stesen Penguatkuasa Valdor JPJ Negeri Pulau Pinang telah menyita 2 buah bas pekerja, sebuah bas di pandu Pemandu Warga Asing ( PeWa ) atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam ( PSV ) dan sebuah lagi pemandu tempatan atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada PSV, LKM tamat tempoh dan perakuan puspakom tamat tempoh.
Kedua-dua bas pekerja tersebut diperiksa semasa anggota penguatkuasa membuat rondaan sempena Ops Khas Bulan Perayaan 2024 Fasa 2, di jalan Simpang Ampat. Nibong Tebal.
Sumber : JPJ NegeriΒ Pulau Pinanghttps://www.facebook.com/JPJPulauPinang