MAYAT LELAKI DIBAHAM BUAYA DI KINABATANGAN DITEMUI TIDAK SEMPURNA

KINABATANGAN (8 Februari): Mayat seorang lelaki warga asing yang dipercayai dibaham buaya ketika memancing di sungai berhampiran Ladang Limddale, Paris 2 di sini ditemui petang tadi dalam keadaan tidak sempurna.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata, mayat Roberto Martinus, 48, ditemui kira-kira pukul 5.45 petang oleh pasukan penyelamat.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa telah dijumpai ketika berada di dalam mulut buaya dan seterusnya pihak polis telah melakukan 12 das tembakan sehingga buaya berkenaan melepaskan mangsa.

Katanya, keadaan mangsa ditemui tidak sempurna iaitu hanya kaki sebelah kiri saja dan tindakan pengecaman mangsa dilakukan oleh ahli keluarganya.

Menurut kenyataan itu, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada pukul 6.15 petang.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan telah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.39 pagi Rabu.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dilancarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat selain dibantu PDRM, Jabatan Hidupan Liar dan orang awam.

Operasi SAR dijalankan dengan menelusuri sungai menggunakan bot orang awam dengan kaedah ‘surface dan searching’ dalam radius pencarian 8 kilometer dari lokasi kejadian.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

Sumber: SABAH NEWS TODAY

 

Artikel/Berita Terkini

‘SAYA CINA TAPI NAMA MELAYU NUR FARHANA, NAMA INDIA PULA TAMANA’

Walaupun dilahirkan sebagai seorang berbangsa Cina, namun Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, mempunyai nama …
Maklumat Lanjut

INISIATIF 1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG

 Ayuh kibarkan Jalur Gemilang di rumah anda! Satu bendera, sejuta makna — simbol cinta & bangga pada tanah air tercinta  …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN UTAMA KEPENTINGAN PERLUAS CAPAIAN DIGITAL

CENDERAMATA: Hajiji menerima cenderamata daripada Gobind semasa kunjungan hormat di pejabatnya di Menara Kinabalu hari ini. KOTA KINABALU: Kerajaan negeri …
Maklumat Lanjut