KETUA MENTERI LUANG MASA BERAMAH MESRA DENGAN RAKYAT DI FOH SANG

KOTA KINABALU (8 Februari): Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa untuk bertemu dan bersalaman dengan orang ramai di Pasar Malam Tahun Baru Cina Foh Sang pada Khamis malam.

Beliau diiringi Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fatt, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong serta pemimpin masyarakat.

Selepas melawat gerai-gerai jualan di pasar malam itu, Hajiji turut singgah dan duduk di salah satu kedai kopi di situ sambil meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai yang berada di sekeliling beliau.

Terdahulu, beliau mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada orang ramai dan berharap tahun Naga ini akan membawa kemakmuran kepada seluruh rakyat di negara ini.

Lebih 5,000 masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama hadir memeriahkan pasar malam itu.

Selain terdapat lebih 100 gerai jualan pelbagai jenis makanan, pengunjung juga disajikan dengan persembahan tarian naga, singa dan unicorn serta persembahan nyanyian oleh artis tempatan Sabah.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH MEDIA

 

Artikel/Berita Terkini

KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA

Klebang – Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam raya sebagai …

BENGKEL TAHSIN AZAN DAN IQAMAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Pada 12 Mac 2026, telah berlangsung Bengkel Tahsin Azan dan Iqamah bertempat di Auditorium Kolej …

PROGRAM RAMADAN MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM (RMY) 2026/1447H Peringkat …