KPDN SANDAKAN TAHAN TIGA LELAKI DAN RAMPAS 1,175 LITER MINYAK PETROL

SANDAKAN (7 Februari): Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan telah menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak Petrol RON 95 dalam satu serbuan di bawah Ops Tiris di salah sebuah stesen minyak di Bandar Sandakan, semalam.

Ketua Cawangan KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, sebanyak 1,175 liter minyak petrol RON 95 dalam 47 unit jerikin bernilai RM2,408.75 telah disita kerana dipercayai cuba untuk diseleweng.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati ketiga-tiga suspek lelaki terlibat tidak memiliki sebarang kebenaran atau permit untuk membuat pembelian minyak Petrol RON 95 sebanyak 625 liter yang disimpan dalam 25 unit jerikin di stesen minyak berkenaan.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 550 liter minyak petrol RON 95 di dalam 22 unit jerikin yang disimpan di kawasan stesen minyak berkaitan.

β€œKesemua suspek yang berumur di antara 14 hingga 41 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan1961. Mereka terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga asing. Selain itu, pengusaha stesen minyak terlibat juga akan disiasat,” katanya.

Katanya serbuan itu adalah hasil risikan di bawah Ops Tiris oleh Pegawai-Pegawai Pejabat KPDN Sandakan khususnya berkaitan dengan aktiviti penyelewengan barang kawalan di stesen minyak di sekitar daerah ini.

Menurutnya ketiga-tiga lelaki yang ditahan akan disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki minyak petrol bersubsidi tanpa lesen atau permit yang sah.

Manakala, pengusaha stesen minyak itu akan disiasat di bawah Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjual minyak petrol RON 95 kepada suspek yang tidak memiliki kebenaran bertulis, katanya

Sehubungan itu, Azdy mengingatkan agar pengusaha stesen minyak khususnya di daerah ini agar tidak menjual minyak petrol RON 95 dan diesel bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

Jelasnya, siasatan dan tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 akan diambil terhadap mana-mana pengusaha stesen minyak yang didapati terlibat.

Menurut beliau, KPDN Cawangan Sandakan akan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di bawah Ops Tiris ke atas semua kegiatan berkaitan barang kawalan di daerah ini bagi membanteras sebarang bentuk penyelewengan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Β 

Sumber: SABAH NEWS TODAY

Β 

Artikel/Berita Terkini

MENGHADAPI MONSUN TIMUR LAUT: BENCANA BANJIR DAN IMPAK

Banjir dan banjir kilat merupakan bencana alam yang berlaku disebabkan oleh perubahan cuaca yang berlaku di seluruh dunia.Β  Banjir pada …
Maklumat Lanjut

SAKIT BELAKANG DITEMPAT KERJA: PUNCA DAN CARA RAWATAN

90% dari pekerja pejabat akan mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. 70% daripadanya tidak mendapatkan rawatan dan berisiko untuk …
Maklumat Lanjut