HAYATI IBRAH PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

HAYATI IBRAH PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

Perjalanan Israk dan Mikraj Rasullullah SAW memberi pengajaran kepada kita agar sentiasa mematuhi perintah Allah SWT dalam kehidupan kerana azab Allah SWT amat pedih bagi mereka yang menderhaka kepadaNya.

Melalui peristiwa Israk dan Mikraj, Allah SWT mewajibkan kepada Nabi Muhammad SAW dan umatnya untuk mendirikan solat 50 kali sehari semalam yang akhirnya dikurangkan kepada lima waktu sehari semalam.

Allah SWT berfirman menerusi surah al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.

Marilah bersama-sama kita menghayati ibrah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar dapat menjadikan akhlak manusia lebih murni dalam melakukan kebaikan serta meninggalkan kemungkaran.

 

#MalaysiaMADANI
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut