PENGGUNA JAMBATAN BAILEY LALUAN KUANTAN-SEGAMAT DIMINTA PATUHI HAD DITETAPKAN

PEKAN, 06 FEBRUARI 2024 : Pengguna jambatan bailey bagi laluan Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 diminta mematuhi had muatan yang ditetapkan bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata jambatan sementara ini hanya dibenarkan dilalui oleh kenderaan dengan berat had maksimum sehingga 20 tan sahaja.

“Untuk makluman, bailey bridge tersebut dibenarkan bagi kegunaan kenderaan ringan serta kenderaan dengan had berat muatan maksimum sehingga 20 tan.

“Jenis kenderaan berat yang dibenar adalah bagi had muatan kenderaan dua gandar, maksimum 15 tan, manakala bad berat muatan kenderaan tiga gandar, maksimum 20 tan. Bagi had laju kenderaan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30km/jam.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada pengguna jalan raya agar dapat mematuhi had muatan dan had laju yang telah ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya disamping dapat memastikan bailey bridge dapat berfungsi secara optimum,” katanya.

Tambah beliau, pemantauan secara berkala juga dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bagi memastikan pengguna mematuhi had yang ditetapkan.

“Buat masa ini Kerajaan Negeri telah meminta kerjasama semua pihak terutamanya pihak JPJ dan pihak polis untuk mengadakan penguatkuasaan dari masa ke semasa.

“Ini untuk memastikan setiap daripada kenderan yang melalui jambatan ini mematuhi had muatan yang telah ditetapkan mengikut kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, bagi kenderaan yang melebihi had muatan yang dibenarkan, mereka boleh melalui laluan alternatif di Leban Chondong, atau Pekan Batu Balek.

Jalan FT012 Segamat-Muadzam Shah-Gambang telah mengalami runtuhan dan ditutup sepenuhnya pada 7 Januari lepas dan pembinaan jambatan bailey oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pahang telah bermula pada 11 Januari dan dibuka kepada kenderaan pada 27 Januari lepas.

 

Sumber : Pahang Media

Artikel/Berita Terkini

JURUTERBANG RUGI HAMPIR RM200,000 TERPEDAYA PAKEJ HAJI PALSU

Seorang juruterbang wanita di sebuah syarikat penerbangan mengalami kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran pakej haji yang tidak wujud …
Maklumat Lanjut

STPM 2024: NEGERI SEMBILAN LEPASI PNGK KEBANGSAAN BUAT PERTAMA KALI

Negeri Sembilan mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali melepasi Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Kebangsaan iaitu 2.85 bagi peperiksaan …
Maklumat Lanjut

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut