BOMBA BEKERJASAMA DENGAN MUIP, JAIP PERIKSA KESELAMATAN BANGUNAN SEKOLAH TAHFIZ DI PAHANG

KUANTAN, 06 FEBRUARI 2024 : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Pahang telah bekerjasama dengan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi memeriksa keselamatan bangunan di sekolah tahfiz di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, YS. Dato’ Ir. Ts. Dr. Haji Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata pemeriksaan ini dilakukan oleh pasukan bahagian keselamatan kebakaran yang menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran di premis yang ditubuhkan tahun lepas.

“Pada tahun lepas, bagi sekolah tahfiz kita telah mengadakan satu task force untuk membuat pemeriksaan ke seluruh sekolah tahfiz di negeri Pahang.

“Kita juga telah berbincang dengan MUIP dan JAIP untuk membuat pemeriksaan bersekali yang bermula pada tahun ini terutama apabila bagi pengeluaran lesen. Ini kerana sebelum itu pusat tahfiz ini akan berdaftar dengan MUIP atau JAIP jadi mereka memerlukan surat daripada bomba, jadi kita akan membuat pemeriksaan bersekali,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perbarisan Tahunan JBPM Pahang 2024 di ibu pejabat jabatan tersebut hari ini.

Majlis tersebut juga turut melibatkan penyerahan empat buah bot jenis fiber dilengkapi peralatan yang bernilai RM44,800 daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Beliau berkata pihak bomba juga bersedia melakukan pemeriksaan kebakaran di premis bagi mereka yang memohon bantuan selain menyarankan untuk membuat pemeriksaan berkala di premis bagi mengelakkan kebakaran berlaku.

“Jabatan bomba menyarankan supaya perlu membuat pemeriksaan berkala, 10 tahun sekali supaya jika sistem pendawaian itu tidak berada dalam keadaan baik, mereka perlu membuat rewiring dan sebagainya.

“Untuk tujuan keselamatan kebakaran kita tak ada masalah (untuk memeriksa) dan memang kita akan membuat pemeriksaan ke sekolah-sekolah dan mereka boleh membuat permohonan kerana kita telah set up balai untuk membuat pemeriksaan kebakaran untuk premis yang diatur bagi tahun berkenaan.

“Dan kita akan beri keutamaan kepada premis yang ada penginapan contoh macam asrama termasuklah sekolah tahfiz,” katanya.

 

Sumber : Pahang Media

Artikel/Berita Terkini

SUAMI ISTERI DIDAKWA PERDAGANG DUA WANITA WARGA ASING

Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi kerja, …
Maklumat Lanjut

PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN BERASASKAN KOMUNITI (CBSM) DAERAH MEMBAKUT

Pada 27 April 2024 (Sabtu), MKN Sabah, melalui Pejabat Wilayah telah mengadakan Program Community  Based Security Management (CBSM) yang bertempat …
Maklumat Lanjut

‘JANGAN MUDAH TERPEDAYA TAWARAN PAKEJ PELANCONGAN MURAH DI MEDIA SOSIAL’ – MATTA

Sikap pengguna yang tidak membuat pemeriksaan menyeluruh latar belakang sesebuah syarikat yang menawarkan pakej pelancongan mendedahkan mereka kepada menjadi mangsa …
Maklumat Lanjut