EMPAT TITIK PANAS KEBAKARAN TANAH GAMBUT DIKENAL PASTI DI SELANGOR

SHAH ALAM, 7 FEB: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor telah mengenal pasti empat titik panas kebakaran tanah gambut yang berskala besar, di seluruh negeri itu.

Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail berkata kawasan dikenal pasti ialah Hutan Simpan Raja Muda Musa, Hutan Simpan Kuala Langat Selatan, Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan Kampung Johan Setia.

Beliau berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) yang bertanggungjawab ke atas empat kawasan itu ialah BBP Bestari Jaya, BBP Banting, BBP Teluk Panglima Garang dan BBP Andalas.

Wan Md Razali berkata bomba menerima 7,856 panggilan kebakaran terbuka dari 2021 hingga semalam, bagi seluruh Selangor.

“Dalam tempoh sama, statistik panggilan kebakaran terbuka paling tinggi diterima ialah kes kebakaran belukar atau lalang, iaitu sebanyak 3,291 kes diikuti dengan kebakaran sampah iaitu 2,558 kes, kemudian 1,354 kes bagi kebakaran hutan dan 653 kes bagi kebakaran ladang atau kebun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Wan Md Razali berkata cuti kesemua pegawai dan anggota bomba akan dibekukan, bagi memastikan semua peralatan operasi kebakaran hutan diperiksa, diuji dan diselenggara segera jika mengalami kerosakan.

Beliau berkata 17 unit jentera tangki air ditempatkan di balai bersesuaian untuk persediaan awal pemadaman api hutan dan tanah gambut, selain melakukan rondaan secara berkala dan konsisten serta mengenal pasti dan merekodkan kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan.

Wan Md Razali berkata bomba turut membuat perancangan pengurusan sumber air terbuka di kawasan yang sering berlaku kebakaran hutan, dan mengadakan mesyuarat koordinasi antara agensi lain bagi menyelaraskan tindakan operasi.

-BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …