πˆπ’π‘π€πŠ πŒπˆπŠπ‘π€π‰

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

(Hubungan Berbilang Agama)

Hari Israk Mikraj disambut bagi memperingati peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab dan sejarah Islam iaitu Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW. Peristiwa ini disambut pada 27 Rejab setiap tahun dan bersamaan dengan 8 Februari 2024 bagi memperingati peristiwaΒ  luar biasa yang telah dilalui Rasulullah SAW pada tahun ke-12 kerasulan Baginda. Tarikh ini bersamaan 622M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 Β Β (Al-Quran:17:1) dan Surah An-Najm (Al Quran:53:13-18). Peristiwa besar Β Β yang dialami oleh Nabi SAWΒ  dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah SWT. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Dua keajaiban itu adalah β€˜Israk’ dan β€˜Mikraj’ yang berlaku hanya dalam satu malam.

Israk – Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa.

Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine.

Β Mikraj – Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah SAW

Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa.

Sempena memperingati peristiwa agung Israk Mikraj pada tarikh 27 Rejab setiap tahun, marilah kita bermuhasabah diri dengan menjaga, memperbaiki dan mempertingkatkan hubungan kita dengan Allah SWT.

Salam Israk MikrajΒ Β Β  27 Rejab 1445.

Artikel/Berita Terkini

JUMLAH MISKIN TEGAR DI TERENGGANU BERKURANGAN SEBANYAK 3,268

Statistik jumlah miskin tegar di Terengganu menunjukkan jumlah pengurangan sebanyak 3,268 keluarga dalam tempoh empat bulan pada tahun ini. Timbalan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN NEGERI HARGAI PERANAN MEDIA DI SABAH

KOTA KINABALU (7 Mei): Kerajaan negeri menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha …
Maklumat Lanjut

PELAJAR DI NEGARA BERGOLAK DIMINTA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA KEDUTAAN

BONGAWAN (6 Mei): Pelajar terutama di negara bergolak, diminta untuk sentiasa mengemaskini maklumat dan lokasi kepada pejabat kedutaan. Timbalan Menteri …
Maklumat Lanjut