TIGA LOKASI KEMALANGAN MAUT DI NEGERI SEMBILAN

Polis Negeri Sembilan mengenal pasti tiga kawasan hitam (black spot) yang kerap menjadi lokasi kemalangan maut setiap kali tibanya musim perayaan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Khalid Othman, ia membabitkan Jalan Port Dickson-Lubuk China di daerah Port Dickson; Jalan Seremban – Kuala Klawang – Simpang Pertang (Jelebu) dan Jalan Seremban – Kuala Pilah (Kuala Pilah).

Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melanggar dan tidak mematuhi peraturan lalu lintas.Secara keseluruhannya, pada Op Selamat 19/2023, sebanyak 4,001 saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan.

Terdapat 19 lokasi hotspot yang dijangka berlakunya kesesakan lalu lintas di negeri ini membabitkan enam di daerah Seremban, tiga di Port Dickson serta Nilai, masing-masing dua di Tampin dan Rembau, manakala satu lokasi di daerah Kuala Pilah, Jelebu dan Jempol.

Sumber: Kosmo

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …