PROGRAM: SAFETY AWARENESS AND FOCUSED ADVOCACY FOR ROAD USERS (SAFER) BERSAMA PEMANDU BAS DI TERMINAL ONE, SEREMBAN SEMPENA TAHUN BARU CINA 2024 KENDERAAN BERAT/KOMERSIAL/PERDAGANGAN

Program: Safety Awareness And Focused Advocacy For Road Users (Safer) bersama pemandu bas di Terminal One, Seremban sempena Tahun Baru Cina telah diadakan pada 6 Februari 2024. Program Advokasi ini telah dilakukan oleh Unit Keselamatan Jalan Raya JPJ Negeri Sembilan dengan mengedarkan risalah berkaitan elemen fokus pemanduan contohnya tidak menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Disamping itu, pemandu juga diberi penekanan juga mengenai penyelenggaraan kenderaan serta tatacara pemanduan yang berhemah.Advokasi ini juga sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada pemandu dan juga dapat mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan aduan berkenaan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-Aduan@JPJ berserta dengan butiran lengkap pengadu dan juga butiran lengkap aduan.

Sumber: JPJ Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …