PASIR MAS : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Tanah Merah, Kelantan telah menerima serahan kes daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan AM berkaitan membanteras ketirisan barang kawalan di sekitar sempadan negara.
Rampasan anggaran 100 liter minyak petrol disita bersama sebuah kenderaan berpendaftaran tempatan ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral disyaki melakukan penyelewengan barang kawalan.
Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan berusia 40an dan kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas segera diambil KPDN.
Sebarang aduan pertanyaan boleh dibuat melalui :-
https://linktr.ee/kpdn
