JURAGAN BOT DITAHAN ABAIKAN KESELAMATAN PENUMPANG

KOTA KINABALU (4 Februari): Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah telah menahan sebuah bot penumpang di posisi 0.28 batu nautika Barat Tanjung Logong, Pulau Gaya di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot berkenaan didapati telah membawa lebih muatan selepas ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar perairan Kota Kinabalu.

Katanya, juragan bot warganegara berumur 31 tahun itu turut mengabaikan keselamatan 13 orang penumpang dengan tidak menyediakan jaket keselamatan.

“Juragan bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.

“Bot dan juga juragan telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Suhaimi berkata, Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua pengusaha bot penumpang agar tidak mengabaikan aspek keselamatan penumpang terutamanya di musim cuaca buruk.

Katanya, Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas pegawai penguatkuasa maritim.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH MEDIA

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …