KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERKENAN MULIAKAN SUBUH WARRIOR

KUANTAN, 4 FEBRUARI 2024 : Kebawah Duli Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memuliakan Subuh Warrior di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan yang disertai lebih 3,000 jemaah muslimin dan muslimat.

Turut hadir ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Zulkifli Yaacob, YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’ Saiful Edris Zainuddin, barisan Exco Kerajaan Pahang dan ketua-ketua jabatan.

Program Subuh Warrior dengan hashtag Subuh Macam Jumaat merupakan antara intipati Karnival Rakyat Pahang yang bertujuan mengimarahkan masjid sebelum bermulanya Larian Kemakmuran sejurus selepas Subuh Warrior.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Karnival Rakyat Pahang, YB. Tuan Fadzli Mohamad Kamal berkata, usaha ini dapat melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi kesihatan rohani dan fizikal.

Program Larian Kemakmuran menyediakan pelbagai kategori iaitu Larian 5km, Larian 10km, Brisk Walk 5km dan berbasikal 60km.

Sumber : Pahang Media

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut