Tahukah anda, risiko kanser usus meningkat 19% untuk setiap 25 gram daging proses yang dimakan setiap hari. Risiko juga meningkat untuk yang gemar memakan daging (merah) dan juga kurang memakan sayur dan buah-buahan yang mencukupi.
Kajian menunjukkan 95% rakyat Malaysia tidak memakan sayur dan buah-buahan mencukupi. Maka tidak hairanlah kanser usus adalah kanser utama yang menyerang rakyat Malaysia.
Jadi pada yang suka makan makanan yang diproses dan daging merah, berpada-pada bila mengambilnya dan lebihkan memakan sayur dan buah-buahan iaitu 5 hidangan setiap hari.
Sumber : Public Health Malaysia.