27 PREMIS MAKANAN KOTOR DI KUANTAN DIARAH TUTUP

KUANTAN – Sebanyak 27 premis makanan kotor di daerah ini diarah tutup dalam Operasi Pematuhan Pelabelan dan Premis Makanan Bersih Negeri Pahang 2024 yang dijalankan pada 30 hingga 31 Januari lalu.

Arahan penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 itu dikeluarkan terhadap pemilik premis bagi kerja-kerja pembersihan.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Indera Dr Nor Azimi Yunus berkata, sepanjang tempoh dua hari operasi dijalankan, sebanyak 97 premis diperiksa membabitkan pasar raya, pusat jualan borong, pasar mini, restoran dan kedai makan.

Menurutnya, sebanyak 258 notis Seksyen 32B, Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM173,650.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

CADANGAN PINDAH PASAR BESAR KK KELUAR DARI KAWASAN BANDAR

TINJAU: Hajiji semasa membuat tinjauan ke tapak lokasi yang dicadangkan.  KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan Pasar Besar Kota …

SUSUNAN KEUTAMAAN BENDERA

Tahukah anda, susunan bendera mempunyai tatacara dan keutamaannya tersendiri? Mulai 1 Mei 2025, Bendera Malaysia menjadi bendera utama, diikuti bendera …

OPERASI BERSEPADU

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Majlis Bandaraya …