Seramai 67 orang yang diperiksa dan 9 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditangkap dalam Ops Bersepadu yang turut disertai Majlis Bandaraya Seremban (MBS) pada 31 Januari 2024 (Rabu).
Turut dijalankan pada hari yang sama adalah Ops Selera, Ops Sapu, Ops Mahir dan juga Ops Kutip. Operasi yang dijalankan di 6 lokasi berbeza di sekitar kawasan Seremban, Nilai, Labu, Mantin dan Sungai Gadut itu disertai seramai 22 orang pegawai dari JIMNS dan 20 orang pegawai dari MBS bagi Ops Bersepadu.
PATI yang terdiri daripada 1 orang lelaki warga Bangladesh, 1 orang lelaki warga Pakistan dan 7 orang lelaki warga Nepal itu ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun. 2 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan / penjaga premis untuk hadir ke JIMNS bagi membantu siasatan.
Sumber: FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan