PESARA RUGI RM460,000 DITIPU BELI HARTANAH

Seorang wanita menanggung kerugian RM460,000 apabila ditipu dalam urusan jual beli hartanah di daerah ini, hujung tahun lalu. Mangsa yang dijanjikan segala urusan akan diselesaikan dalam masa dua bulan, namun selepas menunggu dalam tempoh itu, individu bertanggungjawab gagal dihubungi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, mangsa membuat pembayaran melalui perbankan dalam talian dan tunai sebanyak RM460,000. Laporan berkait modus operandi tipu pembelian hartanah secara bersemuka telah diterima semalam.

Mangsa seorang pesara wanita berumur 57 tahun dikatakan berurusan dengan seorang individu berkaitan pembelian hartanah di sekitar Seremban. Mangsa juga dipercayai membuat pembayaran dalam urusan berkenaan dengan enam transaksi dan bayaran secara tunai berjumlah keseluruhan RM460,000. Selepas membuat keseluruhan pembayaran bagi hartanah itu, mangsa dijanjikan segala urusan akan selesai dalam tempoh dua bulan. Namun, selepas tempoh itu berakhir, mangsa memaklumkan gagal menghubungi individu yang menguruskan proses jual beli itu sebelum membuat laporan polis.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …