MBS SITA KEDAI MAKAN WARGA ASING BEROPERASI TANPA LESEN

Seramai tujuh warga asing yang tidak mempunyai dokumen sah ditahan dalam Operasi Bersepadu Warga Asing Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bersama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) pada 31 Januari 2024 lalu. Sebanyak tiga premis perniagaan iaitu di Jalan Sheikh Ahmad dan Sungai Gadut telah diperiksa MBS dan JIM dalam operasi berkenaan. Siasatan mendapati premis kedai makan yang dijalankan diuruskan oleh warga asing. Notis kompaun dan tindakan sitaan pita merah telah dilaksanakan oleh MBS. Warga Bandaraya Seremban dinasihatkan untuk mematuhi syarat lesen perniagaan yang ditetapkan seperti hanya pekerja warga negara sahaja yang boleh di letakan dibahagian kaunter. Nisbah pekerja warga negara adalah 30% daripada keseluruhan dan perlu ada setiap waktu di premis.

Sumber: FB MBS

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …