OP BERSEPADU PATI: POLIS TAWAU GEMPUR PENEMPATAN SETINGGAN

TAWAU (31 Januari): Polis menggempur penempatan setinggan dalam Op Bersepadu banteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar kawasan kampung Kuala Apas, Apas Parit dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, operasi bermula pada jam 3 pagi itu turut disertai Pasukan Polis Marin Tawau, Pasukan Gerakan Am Tawau dan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia serta pelbagai agensi lain antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sabah Electricity Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Tawau.

“Seramai 111 individu telah diperiksa, namun hasil pemeriksaan tersebut 14 individu daripadanya terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita dibawa ke Balai Polis Bandar Sri Indah untuk tujuan pemeriksaan dan dokumentasi.

“Bagaimanapun, 12 individu diantaranya berusia antara 18 hingga 68 tahun ditahan selepas didapati tiada dokumen pengenalan diri yang sah, manakala dua individu lainya warga tempatan berumur 25 hingga 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut kerana dipercayai penagih dadah,” katanya.

Tambahnya, 12 PATI berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dua lagi individu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jasmin berkata, tumpuan operasi bersepadu ini adalah untuk mengekang kemasukan PATI kerana turut mengundang terhadap kegiatan jenayah dan dadah di daerah ini.

Menurutnya operasi berterusan akan diperhebatkan lagi dalam menggempur PATI di daerah ini.

Orang dialu-alukan untuk memberikan maklumat berhubung kegiatan mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada pihak polis atau melalui email polistawau@gmail.com dan boleh juga melalui saluran aplikasi Facebook rasmi Polis Daerah Tawau atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Artikel/Berita Terkini

RM32.3 JUTA PERUNTUKAN PERKUKUH AGENDA PENDIGITALAN SABAH

MEMORANDUM: Joniston (tiga kanan) yang mewakili Hajiji dan James (tiga kiri) menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman pada Majlis Pelancaran Identiti Baharu …

HAJIJI KOMITED TINGKAT KUALITI PROGRAM PENDIDIKAN SABAH

KUNJUNGAN: Hajiji dan Lo bersama delegasi JPNS diketuai Raisin semasa kunjungan hormat di Menara Kinabalu pada Isnin. KOTA KINABALU: Ketua …

BIMP-EAGA GAMES 2026 PERKUKUH PERPADUAN SERANTAU, PERKASA BELIA

ALBUM: Nizam (enam dari kanan), Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Seri Anil Sandhu bersama …