OP BERSEPADU PATI: POLIS TAWAU GEMPUR PENEMPATAN SETINGGAN

TAWAU (31 Januari): Polis menggempur penempatan setinggan dalam Op Bersepadu banteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar kawasan kampung Kuala Apas, Apas Parit dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, operasi bermula pada jam 3 pagi itu turut disertai Pasukan Polis Marin Tawau, Pasukan Gerakan Am Tawau dan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia serta pelbagai agensi lain antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Sabah Electricity Sdn Bhd dan Majlis Perbandaran Tawau.

“Seramai 111 individu telah diperiksa, namun hasil pemeriksaan tersebut 14 individu daripadanya terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita dibawa ke Balai Polis Bandar Sri Indah untuk tujuan pemeriksaan dan dokumentasi.

“Bagaimanapun, 12 individu diantaranya berusia antara 18 hingga 68 tahun ditahan selepas didapati tiada dokumen pengenalan diri yang sah, manakala dua individu lainya warga tempatan berumur 25 hingga 57 tahun ditahan untuk siasatan lanjut kerana dipercayai penagih dadah,” katanya.

Tambahnya, 12 PATI berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dua lagi individu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jasmin berkata, tumpuan operasi bersepadu ini adalah untuk mengekang kemasukan PATI kerana turut mengundang terhadap kegiatan jenayah dan dadah di daerah ini.

Menurutnya operasi berterusan akan diperhebatkan lagi dalam menggempur PATI di daerah ini.

Orang dialu-alukan untuk memberikan maklumat berhubung kegiatan mencurigakan atau kehadiran PATI di kawasan masing-masing kepada pihak polis atau melalui email polistawau@gmail.com dan boleh juga melalui saluran aplikasi Facebook rasmi Polis Daerah Tawau atau melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut