ALMARHUM SULTAN IDRIS SHAH II DALAM KENANGAN

Dalam pembukaan lembaran baharu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengangkat sumpah jawatan hari ini, tarikh 31 Januari juga merupakan satu tarikh yang membawa kenangan sedih bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
31 Januari 1984 adalah tarikh kemangkatan Almarhum Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Idris Shah II, 40 tahun lalu.
โ€œKetika kemangkatan Almarhum, saya mengandung empat bulan anak pertama saya iaitu Tunku (Mahkota) Ismail dan waktu itu terasa sangat sukar bagi saya. Saya sedih Ayahanda saya tidak sempat berjumpa dengan anak sulung saya,โ€ titah Seri Paduka Baginda.
Di kala KDYMM Seri Paduka Baginda berdua memulakan tanggungjawab baharu kepada negara, tidak dilupakan kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Shah II.
Al-Fatihah
Gambar 1: Gambar Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Almarhum Sultan Idris Shah II semasa menerima ijazah pada majlis graduasi di Universiti Oxford. Ia merupakan kali terakhir Seri Paduka Baginda bertemu Almarhum Ayahanda Baginda.
Gambar 2: Gambar rasmi ketika berkabung. Mengikut tradisi Diraja, Seri Paduka Baginda berkabung dan memakai putih selama 100 hari.
Gambar 3: Gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah pada satu majlis di Johor Bahru dan memakai putih kerana masih berkabung.

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut