CUBA RASUAH PENGUAT KUASA JPJ, EJEN AIS DAN PENYELIA KILANG DIREMAN

Seorang penyelia kilang ais dan seorang lagi ejen ais direman selama tujuh hari kerana disyaki menawar dan memberikan rasuah berjumlah RM500 kepada penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di negeri ini di Lukut, Port Dickson, semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran selepas permohonan dibuat Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Zainab Yahya di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.

Kedua-dua suspek direman bermula hari ini hingga 6 Februari ini bagaimanapun tidak diwakili peguam. Mereka yang masin-masing berusia sekitar 40-an dan 20-an itu telah ditahan semalam kira-kira pukul 5.30 petang dan 8.50 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Cawangan Port Dickson.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan, mereka melakukan kesalahan tersebut bagi mengelakkan pemandu lori kilang aisΒ yang telah ditahan oleh pegawai JPJ daripada dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atas kesalahan tiada lesen memandu (CDL), tiada lesen vokasional (GDL) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Sumber:Β Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PPM RAMPAS MINUMAN KERAS SELUDUP BERNILAI LEBIH RM66,000

SELUDUP: Suspek dan semua minuman keras tidak bercukai berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut. BELURAN: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas …
Maklumat Lanjut

PENGUSAHA PERTANIAN DI TANAH KERAJAAN PERLU MOHON LPS

Mana-mana pihak yang mengusahakan tanah kerajaan bagi tujuan pertanian di Negeri Sembilan diminta membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah …
Maklumat Lanjut

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut