LIMA AMALAN MEMBERAT TIMBANGAN

Pertama : BAIK AKKHLAQ NYA
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari AKHLAQ YANG BAIK dalam timbangan di Akhirat kelak.( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi )

Kedua : SELAWAT KE ATAS BAGINDA
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya SELAWAT ke atas Nabi shallallahu alaihi wasallam termasuk yang memberatkan timbangan.
( H.R. Al-Hakim dan Imam At-Turmudzi ).

Ketiga : UCAPAN ALHAMDULILLAH
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Ucapan ALHAMDULILLAH memenuhi timbangan ( Mizan ).
( H.R. Imam Muslim )

Keempat : KALIMAT LAA ILAHA ILLALLAH
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Kalau sekiranya tujuh petala langit dan bumi dan segala isi nya di letakkan pada satu piring timbangan sedang LAA ILAHA ILLALLAH di letakkan pada sebelah lain nescaya kalimat tauhid itu akan melebihi berat langit dan bumi.
( H.R.Imam Ahmad )

Kelima : TASBIH SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI. SUBHANALLAHIL AZHIIM
Baginda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda :
Dua kalimat ringan pada lisan berat pada timbangan dan menimbulkan cinta kepada Tuhan ia itu : SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL AZHIIM.

( H.R.Imam Bukhari )

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …