PENYERTAAN MKN SABAH DALAM PROGRAM MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) KG GUM-GUM, SANDAKAN SABAH PADA 28 JANUARI 2024

Pada 28 Januari 2024 (Ahad), seramai  4 orang warga kerja MKN Sabah yang terdiri daripada Pejabat Wilayah Sandakan telah berpeluang menyertai Program Mobile Community Services (MCS) yang julung kali diadakan di Kampung Gum – Gum, Sandakan. Selain MKN Sabah,  47 agensi  kerajaan yang lain juga turut berpeluang menyertai Program (MCS) anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah mendapat sambutan yang meriah dari penduduk setempat. Pihak MKN Sabah telah diberi amanah untuk menyampaikan taklimat berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) di samping melaksanakan aktiviti interaktif seperti kuiz bersama penduduk. Penyertaan MKN Sabah di platform ini dilihat sebagai wadah yang berkesan dalam menyampaikan maklumat kepada golongan sasar khususnya di kawasan pedalaman.

Perjalanan sesi secara interaktif kendalian MKN Sabah ini mendapat sambutan daripada penduduk dengan penyertaan seramai 100 orang. Program berjalan dengan baik dan sambutan masyarakat sangat memberansangkan. MKN mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut