Keunikan Lata Air Berani, Pulau Perhentian, Besut Terengganu

Lata Air Berani merupakan kawasan air mata air yang tidak pernah masin walaupun lokasinya berhampiran pesisir pantai. Air yang sejuk ini datangnya daripada Kawasan bukit dan batu dan tidak pernah berhenti mengalir sejak dahulu lagi. Kawasan ini turut menjadi tumpuan para nelayan yang ingin mendapatkan sumber air bersih.


Kawasan ini sememangnya menjadi tumpuan utama pelancong ke Pulau Perhentian. Malah ada mitos yang mengatakan jika mandi menggunakan air mata air di Lata Air Berani ini, berkemungkinan akan bertemu jodoh! Tidak lengkap datang ke sini tanpa mengambil gambar di menara tinjau sebagai kenangan. Sehubungan itu, keunikan Lata Air Berani ini perlu dilestari bersama bagi memastikan keunikan ini turut dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …